Tuesday, May 17, 2016

Pantang Larang Ibu Dalam Pantang

Pantang Larang Ibu Dalam Pantang



Ubi-ubian seperti ubi kayu, keledek dan keladi perlu dielak sebab makanan jenis ini boleh mengganggu sistem pencernaan menyebabkan si ibu mungkin menghidap kembung dan sakit perut. Malah bukan setakat ibu, penyakit yang berkenaan juga mungkin boleh ‘transfer’ atau berjangkit kepada baby yang sedang menyusu.

Dah jadi macam satu ‘trademark’ pula. Tapi sebenarnya ia memberi manfaat besar iaitu mengelakkan kaki dan tubuh agar tak masuk angin. Kalau angina dah masuk, mulalah sengal-sengal dan badan tentu akan menjadi lebih lemah.

Bagi sesetengah wanita yang lemah, kealpaan menyebabkan ibu jari tu terhantuk dengan benda keras boleh mengakibatkan pitam atau bentan.


Kalau boleh jangan terlalu banyak bergerak terutama dalam tempoh seminggu pertama selepas bersalin. Tujuannya supaya badan betul-betul mendapat rehat yang secukupnya.


Elakkan tidur tidak berbantal atau sebarang pelapik yang boleh meninggikan sedikit paras kepala semasa berbaring. Selain punca kepada sakit kepala, tidur tanpa berbantal mungkin menyebabkan darah kotor susah keluar dan angina naik ke kepala menyebabkan sakit gila meroyan.


Dibimbangi posisi mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah tu terkeluar dan menyebabkan tumpah darah.


Sebaik-baiknya mandi dengan duduk di bangku untuk menjaga kesihatan peranakan. Mandi dalam keadaan duduk adalah disarankan berbanding berdiri supaya si ibu yang masih lemah tak perlu menggunakan banyak tenaga.


Satu cara untuk cepatkan penyembuhan bahagian peranakan ialah dengan kaedah merapatkan kaki ketika tidur. Jangan tidur mengangkang.


Tidur ketika matahari tengah naik akan menyebabkan badan bertambah lesu dan sakit-sakit.


Waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran.

Kongsikan semoga memberi manfaat kepada ibu-ibu yang sedang berpantang :)

Monday, April 25, 2016

Tips Merancang Berpantang Sendirian Di Rumah

Tips Merancang Berpantang Sendirian Di Rumah


Bagi anda yang masih ada mak sendiri mesti bila tiba waktu berpantang tu nak balik rumah mak kan berpantang dengan mak, lebih-labih lagi untuk anak sulung sebab banyak yang kita kene belajar, ada jugak kita ni yang masih ada ibu mertua tapi tak rasa selesa nak berpantang dengan ibu mertua disebabkan lebih kepada segan sebenarnye..yelah..dengan mak sendiri kita mudah nak mintak tolong itu dan ini, kalau dengan ibu mertua agak segan la sikit walaupun diorg ok jek kan.
Oleh sebab itu, sekiranya anda tidak mempunyai pilihan sama ada mahu berpantang di rumah mak sendiri atau ibu mertua, apa kata berpantang sendiri sahaja.
Maka ini ada sedikit tips untuk anda yang merancang untuk berpantang sendiri di rumah.

Untuk seminggu pertama, sekiranya suami boleh bercuti, mintak tolong suami untuk jaga anak yang lain jika ada, atau untuk melakukan kerja- kerja rumah, perlu diingatkan minggu pertama ni adalah minggu yang kritikal disebabkn sakit bersalin masih belum sembuh, maka ibu dinasihatkan jangan membuat kerja-kerja yang berat yang akan membuatkan luka bersalin lambat sembuh.


Bagi yang pertama kali berpantang, anda jangan stress, kene enjoy detik-detik berpantang selama 44 hari ni, tak lama kejap je dah 44 hari, stress sewaktu berpantang boleh menyebabkan meroyan nanti. Rujuk post Bisek Bisek terdahulu. 

Siapkan Baju untuk baby dan barang-barang yang diperlukan sebelum mandikan baby anda, jadi tak la kelam kabut nanti sekiranya dah tinggal berdua dengan baby kan.


Kalau anda mempunyai anak-anak yang lain, adalah lebih baik anda bangun awal sebelum mereka bangun untuk mandi, dan sediakan apa yang patut. Kalau kita bangun lewat nanti mesti keadaan akan huru hara lebih lagi bila anak-anak yg lain pun masih kecil dan perlukan perhatian kita.


Untuk masak sewaktu berpantang, boleh masak lauk yang ringkas je, bakar, rebus, sup, en suami harus la faham ye, makan la makanan org berpantang sekali kalau tak selera nak makan lauk berpantang bole beli lauk di luar sahaja, kalau rajin bole masak sendiri juga..hehe..atau boleh dapatkan makanan berpantang yang siap untuk dimakan dari Bisek Bisek.
KLIK ðŸ‘‰ http://bit.ly/21GkH11 ðŸ‘ˆ KLIK


Kalau suami dah masuk kerja, boleh mintak tolong suami siapkan anak-anak yang lain sebelum dia keluar bekerja, dan mintak tolong suami siapkan sarapan yang ringkas.


Basuh baju kalau tak sempat boleh hantar ke dobi yang terus ada dryer, cuma tinggal untuk melipat sahaja baju nya nanti, tak boleh semua kerja nak buat sebenarnye dalam pantang ni, sebenarnye org tua-tua risau kalau dalam pantang ni banyak buat kerje, banyak berjalan risau kalau bentan atau ibu jari kaki terlanggar sesuatu boleh menyebabkan tumpah darah.
Boleh baca kisah ni.. KLIK ðŸ‘‰ http://bit.ly/1VCpqRI ðŸ‘ˆ KLIK

Sekiranya anda berkemampuan boleh upah seorang freelance maid untuk datang setiap hari selama beberapa jam untuk kemas, masak, basuh baju , lipat baju dan buat kerja-kerja lain, dah selesai tugas boleh balik, anda cuma perlukan maid ni bila suami bekerja je sebab hari cuti tak perlu rasanya..lagi bagus kalau maid yg kita cari bole buat tugasan bidan, cth bertungku, mengurut , pakaikan bengkung..ini adalah bonus sebab tak payah upah orang lain.


Untuk berpantang sendiri ni sebenarnya anda perlukan sokongan dan bantuan yang kuat dari pihak suami, suami perlu faham isteri masih sakit selepas melahirkan zuriat anda tak kira lah anak ke berapa pun, sakit tu mesti ada, jadi anda tak bole nak harapkan semua kerja isteri yang buat sewaktu beliau sedang berpantang, kene ada tolak ansur dan toleransi sewaktu menjaga isteri yang berpantang sendiri di rumah. Nak pakai isteri lama kan? jadi kene la bertolak ansur

 smile emoticon

Jangan lupa makan supplement atau set pantang yang anda ada supaya anda sentiasa bertenaga sepanjang masa tau, lagi-lagi berpantang sendiri kan, perlukan tenaga yang banyak untuk lakukan kerja sendirian. Perlukan sesuatu yang membantu untuk menyembuhkan luka bersalin dengan cepat dan memberi tenaga sepanjang hari.

Yakinlah dengan kemampuan anda, selalu cakap dalam hati , "aku mesti boleh"..jangan cepat mengalah jangan cepat putus asa..walaupun anda berpantang untuk anak yang pertama sendiri pun, yakin boleh!! anda perlu ingat, anda adalah superwoman yang Allah pilih..maka anda pasti boleh lakukan untuk berpantang sendiri kan? selamat mencuba dan semoga berjaya ðŸ˜‰ðŸ˜˜



Tuesday, January 12, 2016

Promo


BELI 3 PERCUMA 1 !!!



Tawaran sah sehingga 31 January 2016




RAHSIA BERPANTANG 44 HARI BAGI IBU BERSALIN
=========================================
+ Untuk membantu mengembalikan bentuk badan ibu kepada asal
+ Memulihkan organ pembiakan wanita
+ Menyembuhkan luka akibat kelahiran
+ Membetulkan keadaan Rahim
+ Mengembalikan ketegangan faraj
=========================================
Tempoh berpantang ini adalah tempoh rehat serta satu proses membaikpulih tubuh badan selepas bersalin samada secara normal atau pembedahan.
Berpantang juga dapat menenangkan fikiran dan emosi ibu setelah tempoh bersabung nyawa melahirkan anak
Ibu tidak digalakkan memakan sayur-sayur besifat sejuk seperti kangkung, bayam dan pucuk paku kerana boleh menyebabkan kegatalan. Ikan kembung, tongkol dan cencaru juga perlu dielakkan. Minuman berais dan bergas juga perlu dihindari kerana boleh menyebabkan angina di dalam badan
=========================================
Rumusan Crispy Ikan Bilis Halia Bisek-Bisek bakal memudahkan keperluan makanan ibu selepas bersalin sambil membantu menyihatkan kesihatan dalaman.
=========================================
Untuk medapatkan 1 jar PERCUMA dengan setiap pembelian 3 jar, whatsapp “BERPANTANG” ke 017 277 0455. Tawaran sah sehingga 31 Januari 2016 dan terhad kepada 40 jar SAHAJA.


Wednesday, December 16, 2015

Info & Tips

Khas untuk wanita ketika berpantang


Crispy Ikan Bilis Halia


Dulu masa sebelum bersalin tak pernah terpikir pun pentingnya ade stock makanan dalam pantang. 

Bila dah lepas bersalin dan dalam tempoh berpantang, baru sedar yang setiap mummy perlu ada stock lauk pantang yang terus boleh dimakan dengan nasi.

Kenapa? SEBAB bukan setiap masa akan ada orang yang boleh jaga kita 24/7.. 24/7 tu maksudnye setiap saat dan ketika.. Eheee.. 

Mungkin mummy2 lain pun pernah melalui situasi ni masa dalam pantang kan?

Jadi, ni la salah 1 produk yang saya sendiri terfikir untuk mudahkan mummy2 yang berada dalam pantang. "CRISPY IKAN BILIS HALIA"

Bahan-bahan ramuannya lengkap dan sesuai untuk kesihatan mummy2 yang lepas bersalin.

Lagi satu, ianya CRISPY... krup krup krup..

Sediakan nasi putih panas-panas dan makan dgn Crispy Ikan Bilis Halia ni.. Lg best bila tergigit Crispy Garlic yang ada dalam ramuan ni..

Haaaa... Jom la cuba... 




😉

Wednesday, December 9, 2015

Event


BBQ

(Baca Bincang Quran)

20 Disember 2015

8 pagi - 12 Tengahari

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam






4 - 6 Disember 2015


10 pagi - 10 malam

Vista Walk, Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam



Connect with Us


Connect with Us: 


Facebook



Instagram



Twitter












Contact Us


ZMFAZMI ENTERPRISE (SA0198452-A)

Taman Pinggiran USJ 3, Jalan Pinggiran USJ 3/2,

47610 Subang Jaya, Selangor, Malaysia

+60172770455

sambalbisek@gmail.com



Contact Person 1: Izza Rusli

Phone 1: +60172000839



Contact Person 2: Fazmi Zakaria

Phone 2: +60172770455